Shaklee membentuk hidup sihat

Shaklee membantu kita untuk hidup lebih sihat dan ceria disamping keluarga tersayang.

Alam Semulajadi

Memandangkan manusia adalah sebahagian daripada isi alam, sudah tentulah kewujudan kita juga amat bergantung kepada produk berasaskan alam semulajadi. -Dr Shaklee-

Selamat, Berkesan dan Mesra Alam

Shaklee adalah berbeza. Shaklee percaya bahawa alam semulajadi merupakan jawapan untuk hidup dengan lebih sihat dalam jangka masa yang panjang.

Hidup Sihat dan Cergas

Sentiasa sihat, cergas dan ceria bersama Shaklee.

Showing posts with label Tips Kesihatan dan Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan dan Kecantikan. Show all posts

Friday, September 20, 2013

Jauhi Makanan Seperti Ini Dimalam Hari

Apabila anda terus tidur dengan rasa perut yang tidak selesa akibat makan makanan yang tidak sepatutnya pada waktu malam akan membahayakan kesihatan anda. Pada waktu anda tidur, perut anda akan menjalani proses pencernaan dengan baik. Jika anda memakan makanan yang menghalang proses pencernaan anda ketika tidur, ini akan menyebabkan proses tersebut tergendala daripada waktu sepatutnya proses itu berjalan. Antara jenis makanan yang patut anda hindari pada waktu malam adalah:

1. Jeruk buah, nenas, anggur dan buah berries.

Pada waktu malam anda seharusnya menghindari diri daripada makan buah-buahan tersebut. Ini adalah kerana buah-buahan tersebut mempunyai sifat kemasaman yang kuat dimana kandungannya boleh mempengaruhi hempedu.

2. Bijirin

Bijirin seharusnya dimakan pada waktu pagi bukannya malam. Ada diantara produk bijirin tertentu yang mengandungi karbohidrat dan gula yang tinggi. Jika anda makan bijirin sebelum tidur, ini akan menyebabkan timbunan lemak meningkat.




3. Pizza

Pizza penuh dengan rempah-rempah, sos tomato dan keju dimana kandungannya menghalang proses pencernaan pada waktu anda tidur. Selain itu, pizza juga boleh menyebabkan berat badan anda meningkat. 

4. Daging merah

Daging merah mengandungi triptofan dan zat besi yang menyebabkan tidur anda lebih nyenyak. Apabila diambil dalam jumlah yang banyak, timbunan protein dan lemak akan berlebihan dan menyebabkan berat badan meningkat.




5. Gula-gula (lollipop)

Makan gula-gula setelah makan makanan yang manis boleh tetapi elakkan memakannya pada waktu malam. Lagi-lagi apabila dekat dengan waktu tidur anda. Ini adalah kerana gula-gula yang manis boleh merosakkan gigi anda. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang malas untuk gosok gigi sebelum tidur. Elak-elakkan la ye..

Ingat! Jangan asyik main telan je bila rasa nak makan. Kalau kadang-kadang tu takpela tapi masih tidak boleh makan dengan berlebihan okay. Lebih baik mencegah daripada mengubati bukan..

Saturday, September 14, 2013

10 Langkah Untuk Penjagaan Kehamilan Yang Sihat

Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan supaya bebas daripada masalah dan anda boleh memperolehi bayi yang sihat  dan comel jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah: 



Alalaa comelnyaa...
 1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal. 

Penjagaan antenatal yang baik penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. Walaupun anda tidak berpeluang untuk memilih penjaga, anda mungkin boleh dapat membangunkan persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang anda berjumpa dalam tempoh masa anda menjalani rawatan kehamilan anda. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan artenatal anda.  

2. Makan dengan baik

Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang akhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil
 diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda merangkumi banyak
 buah-buahan dan sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan sarapan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari. Sebagai ibu mengandung, anda seharusnya tidak boleh mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu makan tengahari. 

3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan

Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis
, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan
 telur mentah atau dimasak lembut



Sekadar gambar hiasan

4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang
 tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap
 praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan,
 tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan). 


Folik asid adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 

5. Bersenam selalu 

Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan. 

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis
 kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti
 berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat.
  

6. Mula lakukan senaman lantai pelvik 

Adalah normal bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai
 senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul. 

7. Hadkan pengambilan alkohol (untuk yang bukan islam) 

Ini adalah kerana sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius. 

8. Kurangkan pengambilan kafein 
Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, ada sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti
 alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Cara yang baik adalah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.
9. Berhenti merokok 

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan
 bibir atau lelangit rekah.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, ia adalah lebih baik anda berhenti merokok  terus ketika hamil atau berhenti terus apabila anda sudah mula mendirikan rumah tangga. Ini adalah kerana dalam kandungan rokok yang anda hisap setiap hari tidak bagus untuk kesihatan anda semasa hamil. Selain itu. peluang untuk bayi anda lahir dalam keadaan yang tidak sempurna semakin meningkat.


10. Lebihkan berehat

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah
 bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.




Kepada ibu-ibu comel yang mengandung diluar sana, selamat melahirkan anak yang comel dan sihat. Jika anda perlukan suplemen anda boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut okay.

Independent distrbutor Shaklee, ID 923526
SMS/ Whatsapp: 014-5063093
PM saya di page facebook: Healthy & Vibrant 
Emel: bizayu.6290@gmail.com 







Thursday, September 5, 2013

Strawberry Parfaits

Hai2...jom mulakan pagi anda dengan resipi mudah untuk sarapan yang sihat!
Haa esok bangun pagi boleh buat ni..senang je..

Sedapnyaaa..


Bahan-bahannya:

10 strawberry (anda boleh gantikan dengan buah berry lain yang anda suka seperti blueberry, blackberry & raspberry)
2 cawan yogurt vanila rendah lemak
6 sudu besar bijirin muesli (atau anda boleh gantikan dengan cereal yang anda suka)

Cara-caranya:

1. Belah 4 untuk setiap strawberry dan bahagikan sama rata untuk 4 cawan.
2. Bahagikan 1 cawan rendah lemak yogurt vanila dan 3 sudu muesli bijirin sama rata untuk dimasukkan ke dalam 4 cawan.
3. Ulang dengan baki beri dan tambahan 1 cawan yogurt dan 3 sudu muesli. Atasnya dihias dengan buah strawberry yang dihiris.

Masukkan susunan bahan seperti dalam gambar okay..haa macam mana??
dah makan??
sedap kan..

Bagi anda yang diet bijirin muesli sangat bagus untuk anda. Anda juga boleh menggunakan yogurt yang berperisa original atau tambahkan 1 sudu besar madu terpulang kepada selera masing-masing. Terdapat gula lebih sedikit adalah kerana resepi ini khas untuk sarapan pagi dimana manusia memerlukan tenaga yg cukup untuk bekerja sebelum waktu makan tengah hari.

NUTRISI SETIAP 1 CAWAN STRAWBERRY PARFAITS 
  • Kalori                       169.1 cal
  • Lemak                      2.3 G
  • Lemak tepu               1.1 G
  • Kolestrol                   6.1 MG
  • Karbohidrat              31.9 G
  • Gula                         24.7 G
  • Serat diet                  2.9 G
  • Protein                      7.4 G
  • Natrium                    92 MG


SELAMAT MENCUBA! (^_^)

Wednesday, September 4, 2013

Tips Motivasi Untuk Menjaga Kesihatan

Kita semua tahu yang kesihatan yang baik amat penting untuk kita hidup daripada hari ke hari. Bersenam setiap hari adalah hak individu sama ada mahu atau tidak melakukannya setiap hari. Tanpa motivasi diri yang berkesan, program kecergasan dan nutrisi anda tidak akan kekal lama. Mari kita lihat kebaikan yang biasa apabila kita cergas:

1. Anda berasa bahagia dengan diri anda.
  • Anda berasa gembira dan boleh fokus dengan aspek-aspek lain dalam kehidupan anda.
2. Kecergasan memberikan anda keyakinan.
  • Sebagai contoh, semasa mesyuarat, ianya memberikan anda kelebihan untuk tumpukan perhatian yang baik ketika bermesyuarat.

Otak yang cerdas adalah daripada kesihatan yang cergas

3. Melegakan tekanan.
  • Bagi mereka yang bekerja kuat, sentiasa tertekan dengan kerja-kerja yang dilakukan dan juga murung. Bersenam, bersukan dan berpeluh mampu mengurangkan rasa tekanan didalam diri anda dan juga rasa murung. 
4. Perhubungan anda akan bertambah baik. 
  • Manusia suka berada dalam kalangan mereka yang positif. Sekiranya anda bahagia, orang lain juga begitu. 
5. Bagi ibu yang bersalin kesihatan dan kecergasan yang baik membantu untuk mengembalikan kembali bentuk badan. 

6. Mengurangkan risiko kecederaan.
  • Apabila otot dan tulang anda kuat, risiko untuk cedera adalah rendah.
7. Apabila anda sentiasa sihat dan cergas, ia akan menimbulkan keyakinan yang tinggi dalam diri  serta boleh melenyapkan rasa malu. 

8. Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan lebih hebat dan penuh stamina. 

9. Kepda sesiapa yang menggunakan 2000 kalori seminggu, ia akan meningkatkan jangka hayat dua tahun. 

10. Senaman yang berterusan, biasanya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung.


Selain itu, makanan yang sihat dan seimbang juga membantu untuk kesihatan menjadi lebih baik. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan kita supaya hidup kita menjadi lebih ceria dan sihat setiap masa. Bukan kah itu yang kita mahu?? fikir-fikirkan lah okay...(^_^) Like Marcus Valerius Martialis quote, LIVE IS NOT MERELY BEING ALIVE, BUT BEING WELL..