Penjagaan antenatal
yang baik penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan
menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk
membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. Walaupun anda
tidak berpeluang untuk memilih penjaga, anda mungkin boleh dapat membangunkan
persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang anda
berjumpa dalam tempoh masa anda menjalani rawatan kehamilan anda. Dapatkan
maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan artenatal anda.
2. Makan
dengan baik
Anda tidak perlu
"makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh
lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu ibu. Malah,
keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan,
dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang akhir
(sebanyak sekitar 200 kalori sehari).
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk
mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan
tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang
mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.
Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayuran (sekurang-kurangnya
lima hidangan sehari). Sediakan sarapan anda berasaskan karbohidrat seperti
roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda
mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging,
telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu,
setiap hari. Sebagai ibu mengandung, anda seharusnya tidak boleh mengabaikan sarapan pagi di
samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu makan tengahari.
3. Berhati-hati
tentang kebersihan makanan
Adalah lebih baik
untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko
kesihatan bagi bayi anda.
Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang
teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut,
seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan
makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut
diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk
dimakan.
Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun
boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai
sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman,
juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk
membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.
Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan
ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut.
|
Sekadar gambar hiasan |
4. Mengambil
tambahan folik asid dan memakan ikan
Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali
sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain
kecacatan tiub neural bayi.
Spina bifida adalah penyakit kongenital yang
serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak
menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua
wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian
folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat
semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang
berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan
vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda
adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa
anda.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak
ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik
terhadap praeklampsia, berat kelahiran
bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.
Ikan berminyak mengandungi protein, mineral,
vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar
dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain.
Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri,
salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh
memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.
Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi
(pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan
semasa kehamilan).
|
Folik asid adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. |
5. Bersenam
selalu
Satu program senaman boleh memberi anda
kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda
yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal
kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan
asal anda selepas bayi anda dilahirkan.
Senaman boleh menambah perasaan ceria dan
membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak
pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin
meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti
serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.
Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk
sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda,
melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih
ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat.
6. Mula
lakukan senaman lantai pelvik
Adalah normal bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami
masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti
tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan
perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau
semasa mengandung.
Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di
dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh
terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan
sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.
Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan
dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan
senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali.
Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana
untuk melakukannya dengan betul.
7. Hadkan
pengambilan alkohol (untuk yang bukan islam)
Ini adalah kerana sebarang alkohol yang anda minum
akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan
plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali,
atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.
Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru
ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan
dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi
dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih
minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih
daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.
Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih
daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih
tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal
Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai
masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran
yang lebih serius.
8. Kurangkan pengambilan kafein
Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan
walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, ada sesetengah penyelidik berpendapat
bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang
kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau
meningkatkan risiko keguguran.
Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan
kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan
menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein
yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.
Sama seperti alkohol, di mana lebih baik
jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan
pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi
tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang
pertama. Cara yang baik adalah segelas air dengan perahan sehiris limau
atau lemon.
9. Berhenti
merokok
Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian.
Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan
sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.
Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok
ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, ia adalah lebih baik anda berhenti merokok terus ketika hamil atau berhenti terus apabila anda sudah mula mendirikan rumah tangga. Ini adalah kerana dalam kandungan rokok yang anda hisap setiap hari tidak bagus untuk kesihatan anda semasa hamil. Selain itu. peluang untuk bayi anda lahir dalam keadaan yang tidak sempurna semakin meningkat.
10. Lebihkan berehat
Keletihan yang anda rasakan di
trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda
supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa
seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi
anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya
letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan
anda selama 30 minit atau lebih,.
Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba
urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau
kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks
juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba
teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan
dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan
relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita
hamil.
Kepada ibu-ibu comel yang mengandung diluar sana, selamat melahirkan anak yang comel dan sihat. Jika anda perlukan suplemen anda boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut okay.
Independent distrbutor Shaklee, ID 923526
SMS/ Whatsapp: 014-5063093
Emel: bizayu.6290@gmail.com