Wednesday, September 4, 2013

Apakah Ovarian Cysts?

Apa dia Ovarian Cysts??? 

Ovarian Cysts adalah kantung yang berisi lendir atau air yang mana berada didalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh menjadi seperti air yang pekat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cysts adalah kejadian yang sering berlaku dalam kalangan wanita muda dan kebanyakkan mereka tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila seorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan. Kehadiran ovarian cysts mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cysts sebenarnya berkait rapat dengan reproduksi wanita. Ovarian cysts yang normal adalah cysts yang mengandungi telur dan apabila ianya matang ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cysts seperti ini digelar follicular cysts. Kadang-kala cysts lain juga boleh tumbuh dalam ovari dan cysts inilah yang yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah saiznya akan membesar dan ianya membahayakan.

Perbezaan ovari yang biasa dengan ovari yang mempunyai cyst


APAKAH SIMPTOM OVARIAN CYSTS? 

Secara umumnya ia tidak ada sebarang gejala, tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Gejala lain yang jarang berlaku adalah;
  • Muntah dan loya
  • Sakit perut
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar atau kerap kencing
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari

ADAKAH CYSTS PENYEBAB KETIDAK-SUBURAN SESEORANG WANITA?

Cysts terdapat dalam pelbagai jenis dan kebanyakkannya tidak memberi penyebab dan kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakkan cysts tidak mengganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries, ia berkemungkinan berkait rapat dengan masalah kesuburan.

CARA MERAWAT CYSTS

Rawatan masalah cyst bergantung kepada jenis cysts yang dialami oleh pesakit. Bagi follicular cysts atau corpus luteal cysts, rawatan yang biasa adalah tunggu dan lihat. Selalunya doktor akan memantau sama ada ia semakin membesar atau bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah serius, pembedahan adalah yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh membantu untuk mengawal cysts ini bagi sesetengah wanita.

Selain itu, anda juga cuba mengambil suplemen semulajadi GLA Complex Shaklee yang efektif boleh membantu mengawal masalah ketidakseimbangan hormon. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostagladin - bahan berkesan yang berupa hormon yang mana membantu badan mengawal atur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

TESTIMONI







Alhamdulillah..segalanya bermula dengan izin Allah s.w.t. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal sebagai manusia dimuka bumi ini.

Dapatkan HARGA ISTIMEWA dan KOSULTANSI EKSLUSIF khas untuk anda yang memilih Healthy & Vibrant (^_^)

Saya adalah Independent Distributor SHAKLEE dengan ID 923526.
SMS/ Whatsapp: 014-5063093
Emel: bizayu.6290@gmail.com
Facebook Page: Healthy & Vibrant 

0 comments:

Post a Comment