Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak dibahagian rektum ataupun dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, terasa sakit, perit bengkak dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah dibahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau membonjol. Kadangkala ia boleh pecah terutamanya sewaktu meneran.
Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak. Walaupun kadang-kala orang mengatakan yang buasir ini lebih cenderung untuk kena apabila diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan dalam kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.
JENIS-JENIS BUASIR
1. Buasir Luaran
Buasir seperti ini melibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi didalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila salur darah vena rektum teregang dan terjadinya buasir, adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulu.
2. Buasir Dalaman
Lazimnya, buasir jenis ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh di dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannnya berdarah. Anda akan lihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas atau dimangkuk tandas. Jika kejadian ini berlaku anda perlu mendapatkan bantuan perubatan, kerana darah tersebut datang dari sumber lain seperti seperto ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Simptom-simptom penyakit buasir
1. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
2. Rasa sakit yang berdenyut-denyut. Pendarahan berlaku sebelum dan selepas membuang air besar.
3. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Bengkak ini tejadi selepas membuang najis. Kadang-kala untuk tempo sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
TESTIMONI PESAKIT BUASIR
UNTUK ORDER ATAU PERTANYAAN
AYU AZIYANI: ID 923526
PM di facebook page: Healthy & Vibrant
SMS/Whatsapp: 014-2282982
Emel: iloveflowerverymuch@gmail.com
Dapatkan harga promosi daripada saya..jangan segan nak hubungi saya okay :) Sharing is caring isn't it..(^_^)
bahaya jugak ea penyakit ni ..
ReplyDeletebtul tu..better kte mencegah sblum terkena..mak aii klo google tgk gmba psl penyakit ni, takut tgk..
Delete