Friday, September 20, 2013

9 Langkah Atasi Pemikiran Negatif

Apabila kita set minda kita dengan perkara yang negatif memang susah untuk kita mendapatkan perkara yang positif atau yang baik diakhirnya. Jangan ingat apabila kita cakap perkara yang negatif, kemudian selepas itu dengan mudah kita boleh tukar fokus kepada perkara positif. Tetapi ianya juga satu cara untuk diatasi apabila kita dalam keadaan tertekan atau stress disebabkan sesuatu keadaan yang berlaku. Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang selalu senyum dan ketawa tidak akan mudah dijangkiti penyakit. Kanak-kanak akan ketawa sebanyak 400 kali berbanding orang dewasa yang hanya ketawa sebanyak 15 kali. Oleh kerana itu, ramai yang kena serangan jantung dimana salah satu sebabnya adalah tertekan dan stress.

Ini adalah 9 langkah yang membantu saya untuk mengatasi pemikiran negatif atau masalah yang berlaku kepada saya yang anda boleh ikuti:




1. Senyum

Ketika hujung minggu di rumah apabila saya menghadapi sesuatu masalah, saya duduk betul-betul dihadapan cermin dan memaksa diri untuk senyum sambil memikirkan perkara-perkara yang positif walaupun perkara itu langsung tiada kaitan dengan masalah saya. Ianya sangat membantu menaikkan mood dan meredakan tekanan. Saya juga berasa lebih ringan dimana otot yang digunakan untuk senyum lebih sedikit daripada berkerut.

2. Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang positif.

Saya pernah telefon kawan yang boleh membantu saya untuk tidak terlalu memikirkan perkara yang negatif dimana dia boleh membantu saya membina pemikiran yang positif. Apabila anda terperangkap dalam lingkaran negatif, bercakap dengan orang-orang yang boleh meletakkan sesuatu ke dalam perspektif yang baik dan tidak akan memberi makan kepada pemikiran negatif anda adalah bagus.

3. Tukar nada pemikiran anda daripada negatif kepada positif.

Sebagai contoh, daripada berfikir yang KITA akan menghadapi saat yang sukar untuk menyesuaikam diri dalam kehidupan tukarkan dengan KITA akan menghadapi beberapa cabaran dalam kehidupan tetapi kita akan menghadapinya dengan penyelesaian yang mana KITA akan gembira dengannya.

4. Jangan memainkan peranan diri kita sebagai mangsa. Orang barat kata, YOU CREATE YOUR LIFE - TAKE RESPONSIBILTY.

Cara saya berfikir dan bertindak mungkin membuatkan anda fikir yang saya terperangkap. Malah jika keadaan hidup kita menjadi tidak tertanggung pasti sentiasa ada jalan keluar. Saya akan sentiasa mempunyai pilihan untuk membuat perubahan yang berlaku jika perlu.

5. Bantu seseorang

Mengambil tumpuan dari anda sendiri dengan melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain. Saya memutuskan untuk membantu adik-adik belajar dirumah. Ianya mengalih tumpuan saya dengan perkara-perkara-perkara lain dan saya merasa lebih baik dengan membantu orang lain. Jika anda berkemampuan anda boleh menolong golongan anak-anak yatim, pasti anda gembira dapat meluangkan masa bersama mereka.

6. Ingatlah bahawa tidak ada siapa yang sempurna dan biarkan diri anda maju ke hadapan.

Satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan adalah belajar daripada kesilapan dan maju kehadapan. Jangan melakukan perkara negatif itu berulang-kali walaupun kadang-kala anda sendiri tahu yang perkara tersebut salah dan tidak kebaikannya apabila anda lakukan.




7. Menyanyi

Walaupun kadang-kadang kita bukannya ingat sangat lirik lagu tersebut. Jadi, nyanyi sahaja asalkan kita rasa seronok. Apabila kita menyanyi, kita menunjukkan perasaan kita dan ini melegakan tekanan yang sangat ajaib.

8. Senaraikan lima perkara yang anda bersyukur untuk masa sekarang.

Bersyukur membantu anda menghargai apa yang anda ada. Berikut adalah senarai saya: keluarga saya, orang yang disayangi, kucing saya, kesihatan dan kelebihan saya apabila dapat melakukan sesuatu yang saya suka; memasak dan membuat kek & cookies.

9. Baca petikan atau ayat positif.

Saya suka untuk meletakkan wallpaper dilaptop yang tertulis petikan positif sebagai peringatan supaya kekalkan minda positif. Selain itu, saya ingin berkongsi dengan anda petikan positif yang pernah saya baca:

Jaga pemikiran anda, mereka akan menjadi perkataan.
Jaga kata-kata anda, mereka akan menjadi tindakan.
Jaga tindakan anda, mereka akan menjadi tabiat.
Jaga tabiat anda, mereka akan menjadi watak anda.
Jaga watak anda, ia akan menjadi takdir anda.




Gembiralah dengan pemikiran positif anda!



1 comments: